Friday 27 January 2012

Dimana-mana..

Sekian lame aku macam malas giler nak nulis kat blog ni.. Tidak ku tahu mengapa, mungkin mase tidak mengizinkan atau tiada apa hendak kutulis.. Tika dan saat ni kala jiwa ku resah dan gundah tika itu bertiup keazaman mahu nulis sesuatu.. Tertulis sudah di benak kepalaku mahu berhijrah tapi aku tidak mahu tergesa-gesa kerna aku merancang setelah bulan 6 dan aku menarget bulan 4 atau 5 harus serius menghantari resumeku..

Ada saje kengkawanku mengajak aku pergi ke KL untuk mencuba nasib disana tapi setakat ini membuahkan hasil. Aku jadi takut kerna aku punya perancanganku tersendiri.. Bukan mahu memilih ke tidak cuma mencari yang lebih baik dari sekarang.

Perancangan itu terkadang tidak selalu terjadi seperti apa yang kita inginkan.. Pelan jangka pendek sudah terlaksana cuma pelan jangka sederhana belum menampakkan hasil.. Johor Bahru pulak masih mengoffer aku sebarang kerja yang menarik untuk aku melangkah kaki kesana.. Bakal bapa mertua juga ada memberi cadangan tapi aku harap dia membuat tindakan dan menggunakan kenalannya agar peluangku lebih terbuka..

Bak kate suami waheeda "Kita merancang dan Dia juga merancang tapi perancangan Dia lebih baik".. Kita berusaha dan berdoa padaNya jela agar dimurahkan rejeki ye.. Aku nk share doa ckit ye..

Doa untuk murah rezeki..



Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Limpahkanlah rezeki kepada kami sepertimana yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
(copy paste dr blog org len)


 Ayat dalam doa ni aku suka.. Macam bermadah pulak.. Kepada kawan jemputla membaca doa ini agar kita dilimpahkan rezeki olehNya.. Oh ye terlupa nk cakap bahawa kat opis aku ni ade jawatan kosong sebagai eksekutif penilai sebab sorang kawan aku da blah.. InsyaAllah lam bulan 6 ke atas aku lak akan blah.. Jadi jika anda berminat anda pandai2 la aplly ye.. Aku malas nk peduli.. If you want it you  have to try to get it..